Thursday, February 1, 2018

#AliaaShahEdaIliTakeNewZealand : Day 4 : Auckland to Christchurch, Christchurch Botanical Garden

Oleh kerana flight pagi tu dari Auckland ke Christchurch ialah pukul 6.30am, kami tempah taxi untuk ambil dari airport pukul 4am. Kami bangun awal lagi untuk bersiap dan check out.

bilik comel sangat

ready to go
Rupanya tak sampai sebatuk pon hotel dengan domestic terminal. Patutla sebelum ni ramai je cakap jalan 10 minit dah sampai. Memang dekat pon.


takde orang

sorang dah tolak trolley, sorang boleh pose lagi

buat auto check in dan terus drop in luggage.

konsep daun fern sangat. so NZ!

Seperti biasa, dah panaskan siap-siap nasi goreng pak brahims. Terus breakfast berjemaah.

bekas lipat penyek tu memang berjasa betul. tak rugi beli.

ready to board
Aku ialah excited nak ke south island. Tak dapat nak capture banyak gambar in the air sebab kabus all the way. Untuk ke south island ni ada dua option airline yang kami jumpa. Jetstar dan Air New Zealand. Of course pilih yang murah hahaha.

jetstar!
Sampai ke sudah tak dapat gambar cantik. Flight awal pagi bagus jugak. Aku memang terlelap lah half of the time.

Kami selamat sampai di Christchurch Airport.

sis tak pandai sangat main chess.

Lepas dah pick up luggage, settle pergi toilet, top up mineral water untuk minum, aku call Cameron dari Shoestring Car Rental untuk confirmkan kami dah sampai. Lepas tu kami terus jalan menuju ke pick up point yg ditetapkan.

Briefing, isi borang, check document semua dalam kereta je. Baik betul orangnya. Kami sewa sekali dengan GPS, senang nak ke mana mana walaupon GPS ni buat hal.


dapat jelly beans

First stop ialah nak top up makanan, cikedis dan sebagainya. Kami pon singgah Pak n Save.


geram tengok buah


Best gila masuk pak n save ni. Rasa nak beli semua benda. Kami beli buah sikit, yoghurt, telur, roti, susu kopi, etc. Tak jumpa gas untuk memasak. So kami ke kedai opposite pak n save tu. Situ ada jual macam-macam, termasuk cooking gas dan hair dryer yang Shah carik. Hair dryer NZD15 je, rasa nak beli 10, bawak balik dan jual hahaha.

Settle semua kami berhenti mengopi dan makan muffin dulu.

asyik silap je order machiatto. Kat NZ nak kena sebut machiatto latte. kalo tak memang kau dapat lah kopi pekat hahaha



makan tetap makan

tengah kunyah


cover, lap mulut

yang ni untuk majalah. hahaha

chillax

janji aku ready so snap je lah

Lepas tu, kami terus ke Christchurch Botanical Garden. Walaupon hujan renyai-renyai, kami redah aje lah.







gambar ni orang tengah jogging yang berhenti dan offer nak snapkan







model ni tak serius

tengok model ni, camera ready hokey

bunga sebesar muka



kerusi tu sejuk

Shah : Aliaa, tengok tu, Legolas! Aliaa : takyah nak tipu Shah.

action!


joyah betul gaya ni

baru keluar tulips


Awak di hati saya. hahahaha lawak hambar

Kat botanical garden ni, iphone aku terjatuh. kwang kwang kwang.

Yang menyebabkan camera belakang tak boleh pakai, camera depan je boleh pakai. jeng jeng jeng.

Shah dah try restart, reset, etc etc semua nya. Kami siap ke apple store lagi untuk technician check. Technician kata kena check dan sebab masih dalam warranty so boleh repair free. Tapi ambil masa 4 hari or lebih. So takpelah, sebab kami balik ke Christchurch pon lagi 8 hari. Sementara tu susah pulak takde iphone kan.

So, gambar yang aku boleh snap sepanjang trip ni ialah dari front camera sahaja. Gambar lain lain ialah dari iphone Shah, Eda dan Ili. Masa tu menyesal eksyen tak bawak camera lumix mama.

Takpa, things happen for a reason kan.

Lepas tu, kami ke rumah AirBnB yang kami book online. Memang hawau betul owner tu.

Dalam rumah tak pasang heater. Kamon lah suhu less than 10 degree kau tak on heater? Cemana guest nak selesa kan.

Kami hanya dibenarkan guna microwave dan ambil air panas. Tak boleh masak memasak. OK fine takpe. Nasib brahims smua main panas-panas je.

pukul 6pm macam tu kami sajelah keluar jalan ke mall seberang jalan dari rumah airbnb tu. Pulaknya hujan renyai. Kami tanya, nak pinjam payung. Tuan rumah tanya wife dulu, sekali jawapan takde payung. Erkkkk kau orang mana yang takde payung kat rumah ni. Musim hujan segala kau boleh takde payung? OK takpe. Maybe kau sorok sebab takut rosak kalau kasi pinjam.

Malam tu kami buat sandwich tuna mayo, dan peanut butter jelly. Semua utensils kami bawak sendiri dan guna sendiri punya aje, termasuk sudu pisau semua. OK takpe tak pakai dapur kau. sandwich tu semua untuk bekal. Then masak panaskan dinner dan kami nak makan, tumpang duduk kat meja makan dia. dia dan wife dia pon duduk kat meja yang sama. Kalau makan sesama takpe jugak kan, ini diorang layan youtube kat laptop. Ape kau dan wife kau tokleh duduk kat sofa ruang tamu? Takkan kami pulak nak duduk makan kat sofa ruang tamu, nanti kan kotor.

OK takpe. Kami pon bersiap masuk bilik nak tidur. By the way kami book 2 bilik. Kami gegirls tidur sebilik dan shah tidur sorang. Tetiba shah datang bilik kitorang. Cakap yang wife org tu masuk bilik dia dan ajar supaya tidur kat bawah sleeping liner. Susunan atas tilam dia cani:

Duvet / Doona
Sleeping liner
Cadar
Tilam

Wife dia cakap tidur bawah sleeping liner sebab nanti dia malas nak basuh semua, dia tinggal basuh sleeping liner dan cadar je. I was like whuttttt??? Kau masuk bilik tetamu berbayar dah 1 hal. Pulak cakap kaedah kemalasan housekeeping kau 1 hal. OK fine.

Esok nya pepagi kitorang dah bagitau akan keluar awal pagi. So pukul 5.30 pagi kami dah bangun nak bersiap semua. Seriously kami buat minumum noise. Tetiba kami kena sound lagi dengan wife dia, yang kalau takde orang dalam bathroom sila offkan heater bathroom. Masa tu Ili baru keluar dari bathroom 1 minit dan nak masuk balik ke situ. Amboi over. Kami diperhatikan kaw kaw. Kami masing-masing bengang. Masing-masing tak bercakap. Terus bawak luggage masing-masing keluar. First aku heret luggage aku keluar. Pastu second luggage aku dah heret halfway luggage si Ili, wife dia cakap jangan heret, kena angkat. OK takpe aku angkat. Kau sayang lantai kan. OK takpe. Dahla sambil kami bawak barang keluar semua tu dia perhatikannn je pergerakan kami. Pastu aku last check barang semua, wife dia cakap have a good trip, aku angkat tangan je.

Serious rasa macam duduk dalam penjara sejuk dan diperhatikan. Supposedly kami duduk situ lagi untuk malam last before balik Malaysia nanti. Tapi sebab owner aneh macam tu, lepas kami gerak je terus kami cancel booking. Walaupon dah berbayar, tapi lantaklah. Baik tidur dalam kereta dari macam tu. Itu belum masuk lagi komen komen saiko diorang kat website airbnb pasal kitorang. Pelik betul diorang ni.

Aku tak sure ada kena mengena ke tak, tapi the owner ialah bukan orang NZ. Diorang dari China, datang ke NZ dan dah duduk situ 10 tahun. Tapi pelat english memang ada la bunyi lidah china dia tu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab the next night tu kami duduk airbnb rumah orang NZ. Host terbaik wei. Nanti aku story.











0 comments: