Tuesday, August 15, 2017

Blogger : Tegar ke tak tegar

Aku rasa aku bukan kategori tegar. Sebabnya kalau tengok jumlah post setiap tahun ialah menurun, bukannya maintain ataupun menaik. So kiranya aku ala-ala suam-suam kuku ke?

Antara faktor yang menyebabkan aku rang berblog sekarang ialah rasa macam masa takde. Faktor lain pulak, kadang-kadang aku rasa macam kalau takde gambar rasa macam tak reti nak mengarang ayat. Itu yang jadinya asyik update blog bila ada gambar atau pergi mana-mana.

Bagusnya pasal blog ni, kenal ramai kawan. Jumpa ke tidak tu lain kira. At least ada orang yang drop by email ataupun hantar message di facebook atau instagram untuk tanya itu ini.

Kalau zaman yang almost setiap hari update blog ataupon sehari sampai lebih dari 1 blogpost, itu memang tegar sangat tu. Semua benda nak cerita. Gaduh dengan boss pon nak cerita. Sekarang kau dah jadi boss, amacam? Hahaha. Alahai boss kat tempat kerja aku ni bukannya naik pangkat selamanya kat atas. Dia kan lantikan ikut kontrak berapa tahun.

Ataupun tegar tak tegar tu depends kepada faktor usia. Maklumlah, sekarang cerita cara lain, dulu asyik merepek aje. Makan cendol pon nak cerita. Masak nasi pon nak tulis step. Ahahaha. Tapi bagus tau entry yang macam ni, sebab aku sampai sekarang pon dok google atau bloghop kalau nak cari resipi. Contohnya aku type camni "nasi hujan panas MUDAH" ataupun "roti jala MUDAH". Nasib baik result tak direct ke Mudah.my. Ok itu tak kelakar.

Aku cuba nak update lagi dari masa ke semasa. Kadang-kadang writer's block pulak (alasan). Ataupun gambar tak best (alasan lagi). Ataupun nak rahsia-rahsia sikit dari orang ramai pasal kehidupan kira (yeke?). Kalau rindu aku, boleh lah #visitmyig #eh

Babai korang. Aku nak cari ilham untuk next post.

3 comments:

@ju said...

haah...kenal aliaa dan dr notts pun daripada blog...hihi...skrg ni skodeng kat ig pulak

Hanis Amanina said...

kenal ramai orang melalui blog jugak :D

hanisamanina.com

hasnulyakin said...

Best !