Thursday, July 20, 2017

My Spring in Korea 2017

The last time aku ke Korea masa musim spring / summer ialah tahun 2012 dulu, yakni masa 1st time ke Korea. Masa tu memang setiap hari berjalan kaki entah berapa km, berpeluh sakan, bila balik rumah je kena hambat dengan mama suruh mandi terus. So, kali ni adegan yang sama berulang kembali. Tapi aku takdelah berjalan sakan. Lebih kepada makan sakan. Hahaha.

Kali ni ambil flight malam. Bertenang sikit nak pergi airport. Lepas maghrib dan isya, terus Mamat, Alim, Widad dan Yusuf hantar aku ke airport. Widad dari office dia terus ambil Yusuf dan terus datang ke vista.



Adegan kelakar masa packing. Aku kan suka nak packing last minute. Lepas sampai rumah dari office barulah terhegeh-hegeh packing. Sekali dalam luggage tu ialah 1/4 aje penuh. Maklumlah, sebab nak bawak balik barang-barang mama dan tak perlu bawak stok makanan dah ke sana.Kat airport pulak Maisa dan family dah ada kat situ.

budak suka selfie


Lepas dah check in luggage, aku pon terus masuk aje. Lepas immigration dan security pertama, ada tempat yang ada foodcourt tu. Aku fikir nak makan ringah-ringan aje dan teringat lepas security kedua, ada lah macam dunkin donut ke kan. Sekali tak berapa banyak option daaa. Maybe sebab dah nak makan, makanan pon macam ada takda. Then aku terkejut bila semua kedai jual air minuman yang dah siap letak dalam cup macam ni...


Yes, semua kedai. Even air mineral pon jugal dalam cup ni harga RM2. Takde air botol or tin lansung. Maklumlah dah lama tak fly so maybe ini regulation baru. Tapi orang beratur nak refill botol air masing-masing kat water dispenser memang ramai. Note to self : bawak lah botol air sendiri untuk mengelakkan beli air mineral 1 cup RM2 (kalau air evian, RM8 pon takpe hahaha).



Flight aku jam 12.30am. Depart as scheduled dan as usual, lepas safety demonstration aku pon gone tidur. Tetiba...




Terjaga aje nampak view awesome. Siap ambil gambar dan video walaupon mata tak berapa nak terang sebab mamai. Bila trolley makanan lalu, aku beli ni...


Sampai di Incheon international airport jam 6am macam tu. Terus seperti biasa ke toilet, lalu immigration, ambil luggage dan keluar. Oleh kerana tak rasa lapar, aku pon terus aje lah ke KTX station level bawah sekali. Naik train ke Seoul Station.


Sampai kat Seoul Station pon tak de rasa nak beli apa-apa. Aku terfikir kalau minum kopi karang sibuk nak buang air kecil. Bas dari Seoul station ke HUFS tu dahla sejam setengah minimum (kalau tak jem). So, takyah aje lah. Sampai kat bus station, terus muncul bas ke HUFS. Apa lagi, teruslah naik.

bunga tengah mekar. maklumlah, spring.

Sampai aje kat HUFS, terus jalan kaki mendaki bukit naik ke rumah mama. Sebelum tu singgah dulu lah 7eleven beli banana milk.

Sampai rumah mama, salah peluk cium gosip, mandi dan bersiap. Kami nak keluar lunch di Gwangju.


haritu penuh snow

panas kau


Sampai kat Gwangju, kami terus ke kedai seafood. Order Maeultang set untuk 2 orang (set makanan laut)... Layanlah gambar ok...



bubur abalone




besarnya kerang dia

sup tulang ikan

penuh telur ikan

bawah tu dolsot bibimbap sedap gila

memang seafood nya dia display kat akuarium luar kedai. Bila ada order dia akan tangkap dan masak / hidang

Aku pon dah lost count berapa pinggan entah dia letak. Untuk 2 orang makan tadi yang beround-round tu ialah KRW34,000 = RM140. Berbaloi sangat sebab makan tahap kekenyangan dan seafood fresh gilaaaaa. Well kalo kat Malaysia sup abalone sahaja dah RM50.

Lepas makan tu, bersama perut yang penuh, kami ke Emart. Jalan-jalan beli barang. Ada barang yang nak bawak balik...

First coffee

sedap gileeeeeee
Lepas tu kami naik taxi balik ke rumah. Sampai rumah, sambung lagi gosip hahaha.

Esoknya, kami bergigih ke Seoul. Pepagi lepas breakfast ala kadar (aku lah tu), kami pon naik bas ke Seoul.


Sampai kat Seoul Station, terus naik taxi ke Edae (Ewha Women's Uni) area. Pergi makan kat Alchon, our favorite place.


before

after mixing

Aku rasa aku nampak putih sikit hahaha


wajib
Lepas tu kami jalan-jalan area situ. Aku beli handbag murah-murah dan ada kawan kirim barang Nature Republic. Mama beli kasut. Then kami balik ke Myeongdong naik taxi.



Sampai kat Myeongdong, lepak duduk berehat kat Tom n Toms. Order strawberry smoothies dan bagel.




Lepas tu lepak tunggu bas dan balik ke HUFS.


bukan kitorang je pakai payung tau hahaha

cantik kan warna lipgloss ni. antara hasil rembatan masa shopping

the lip gloss on me


Esoknya, kami keluar lagi. Ke gwangju lagi. Since sampai dah tiga hari berturut-turut keluar. Semangat kan keluar jalan-jalan. Sebab ada seminggu aje nak makan kat luar pon. Lagi seminggu tu akan jatuh masa bulan ramadhan... So, kami keluar nak makan belut bakor.

awal pagi tu breakfast ini dulu. scrumbled egg, toast dan banana milk


pilih bachan dan daun daunan

mushroon dan teokpokki tu kami bakor jugak

belakang tu owner kedai. bakal bapa mertua ke?

belut bakar


aku ialah peminat kimchi sejati. Kimchi tu bukanlah antara side dishes yang disediakan. tapi sebab aku mintak, bakal mak mertua pon kasilah kimchi diorang yang sebenarnya untuk diorang sendiri makan, bukan untuk dijual. sah aku akan jadi menantu kesayangan

serius wei panas gila rasa muka

dalam mangkuk hitam tu ialah sup tulang belut. pedas dan sedap sangat. maca rasa masak lomak cili api tapi tak bersantan


action je tu bakar teokpokki

bersama keluarga mertua dan bakal suami hahahaha

Janganlah korang percaya. Owner dan isteri dia sebenarnya suruh anak dia kawin lama dah. Tapi takde calon anak dia cakap. So mak pak nya suruh kitorang dating lah. Alahai acik, jangan begitu. Acik nanti bankrupt kalau dapat saya sebagai menantu sebab saya suka shopping, acik.

ini cafe Nescafe kat HUFS. bawah bangunan apartment mama je

coffee of the day katanya

dari daiso. comel ka bekas ni. nak bawak gi camping nanti

dari daiso jugak. 3 in 1 emergency kit. fire starter, rope dan cutter

The next day, kasi mama rehat. So aku pon berjalan secara solo ke Seoul. Merayau mane entah.

sebelum ape-ape hal, sampai Seoul aje terus beli kopi ais. Tepi jalan kat Namdaemun market. KRW1500 je.

Jalan ke mana? Aku ke Dongdaemun. Targetnya nak makan sambal sotong sedap gila pedas. Tapi sebab awal lagi aku pon merayau-rayau lah kat situ dulu.

area Dongdaemun History and Cultural Park

ada hop on hop off bas. obviously ramai pelancong atas tu. aku aje tak naik sebab kedekut dan dah ronda semua tempat kat Seoul ni. eh macam eksyen je pulak.

yezza sambal sotong dambaan. set ni makan KRW7,000

Lepas tu aku ke Myeongdong. Nak cari barang-barang yang dikirim oleh kawan-kawan dan barang sendiri.

wajib selfie depan main building Korea post ni
Sebab 2 hari sebelumnya yang aku ke Seoul tu kan aku dah survey harga barang-barang tu kat Edae, ingatkan kat Myeongdong punya kedai lagi murah dan lebih banyak offer. Maklumlah itukan tempat ramai orang. Tapi, kat Edae lagi murah dan deal lebih bagus. So, aku pon naiklah train ke Edae.

kedai kopi wajib kat Edae. Caramel machiato KRW2500 je
Settle aku beli semua barang-barang yang kawan-kawan kirim. Penuh backpack dan tangan. Settle tu terus ambil subway ke Myeongdong, dan naik bas balik rumah. Sampai rumah aje...

mama dah siap masak satay ayam masak lomak cili api kau. kuah kenalah banjir supaya kepedasan secara maksimum dirasakan

Hari seterusnya aku ikut mama ke kelas. Kena naik bas uni naik atas bukit. Then panjat lagi bukit dan tangga.

collaboration dengan berapa negara tu?

kopi express je beli kat koop uni
Lepas mama habis kelas, kami pun jalan kaki balik rumah. Haaa bila balik boleh lah jalan sbb menurun bukit.

bayangkan kami panjat bukit dan naik tangga dari jalan utama yang kiri sekali tu

penuh snow haritu

air sungai mengalir walaupun sikit tapi tak nampak sebab lalang lagi tinggi

penat tak nak panjat tangga? kelas mama ialah tingkat atas sekali


Hari seterusnya aku jalan-jalan sendiri aje. Saje jalan kaki turun ke pekan Mohyeon.


beli iced peach tea

lepas jalan-jalan dan berpeloh, lepak kat kedai kopi ni.

mestilah pakai timer hahaha. kau ingat ada pakwe korea nak ajak aku dating dan layan aku shooting

kedai kopi ni kedai baru. masa January haritu belum wujud lagi.


masa balik naik bas uni sebab tak kuasa nak mendaki di panas hari. sebenarnya aku mengah hahaha

testing power camera iphone 7+

Lepas tu, just routine biasa aje since barang kiriman semua dah beli. So aku ikut mama gi kelas, or duduk lepak kat rumah tengok tv, layan drama, gossip dengan mama, tengok mama masak (aku hanya buat breakfast sahaja = pemalas).

saje letak margerine banyak-banyak.

testing kopi tin pulak

kat tasik kat uni mama tu, ada 1 hari tu, penuh bebudak tadika berkelah.

ke Gwangju lagi, nak makan set maeultang lagi.

ini cold soba noodle. first time makan and sedap gila rupanyaaaaaaaa

penuh penuh tapi masih makan lagi

testing kopi jo in song

the usual buzzer. semua kedai kopi ada buzzer memasing

sedapnya tapi inilah kopi termahal aku beli kat korea tu. KRW6500 (sila kira sendiri)

mother layan aku nak shooting kekonon
Lepas tu kami pon dapat news dari Malaysia yang start puasa hari Sabtu. So Sabtu pagi tu aku pon bangunlah sahur. Minum banana milk, makan roti n telur (telur masak dalam microwave sebab malas), etc etc. Esoknya, 1st day of puasa, bergigih pulak aku ke Seoul. Maisa ada kirim barang-barang ballet untuk Sofea.

Mix of history and modern

Busynya Namdaemun market

ramai gila manusia keluar shopping

panas pulak kebetulan

ada picket. tak sure apa dia tapi semua pakai gown pengantin

oppa ready nak buka gerai

usual busy Myeongdong

Out first day of buka puasa. Mama buat nasi goreng dan telur dadar. Nak habiskan stok dalam fridge. Aku pon makan dengan belut bakar yang tapau haritu

beli ni kat 7eleven je. Sedap jugak.

buka puasa hari kedua aku dah tapau kopi sesiap. hari sebelumnya bila turun nak beli kopi, cafe ni dah tutup. itu yang beli kopi botol kat 7eleven je.

hari lepas lepas tu beli kopi aku dan strawberry smoothies untuk mama

mesti makan buah sebab dehydrated since cuaca panas gila

posing tepi pokok, masa nak ke kelas mama

mana entah bebudak tadika tu, tak piknik agaknya hari tu

tak sempat singgah kappa coffee kali ni. haritu pergi cafe ni sampai 2 kali kot

aku ingatkan Hyundai buat kereta je

saje tukar selera aku nak kopi sejuk pulak

last day buka puasa dengan mama, mama masak ikan galchi pedas style korea. Aku siap turun ke Mohyeon untuk beli minari (daun hijau atas tu). sedap gila 4 ketul ikan aku makan.

berbuka sambil tengok tv

makan dengan mihun goreng
Lepas dah kemas, buka tutup beg, timbang beberapa kali, confirmkan dengan Mr Han taxi driver, tibalah hari aku nak kena balik Malaysia. Mama balik kemudian...

Lepas sahur, aku tidur-tidur ayam. Pkl 5 pagi aku pon bangun, mandi, bersiap. Pukul 6 pagi tepat, Mr. Han dah sampai seperti yang dijanjikan.





dalam perjalanan ke airport

Pukul 7.20pagi aku sampai di airport. Tunggu kaunter buka untuk check in.

beg tak cukup, so pakai kotak lah.

beratur
Memang order luggage 40kg. Ada lebih so kena bayar. Takpa, janji semua barang-barang lepas balik Malaysia.

Oleh kerana puasa, tak boleh lah nak mengopi ke apa kan. So teruslah masuk, cuci mata kat duty free shop, jalan-jalan.


gigih sangat tengok drama ni sebab semalam tak tempat tengok
Flight berlepas seperti dirancang, sampai seperti dirancang. Immigration Malaysia semua smooth, cuma tunggu luggage lama gila. Zul jemput kat airport, sampai rumah Maisa dah masak macam-macam untuk berbuka.

Kami siap buat planning macam-macam untuk sambut mama balik nanti...

Sekian kisah tak seberapa jalan-jalan ke Korea haritu...

Maybe takkan travel ke Korea lagi buat masa terdekat ni.

So...

Ke mana next?

0 comments: