Tuesday, February 14, 2017

Winter in Korea 2017 Day 3 : Jamsil - Olympic Park & Lotteria

Ada ke yang menantikan cerita ceriti Winter in Korea? Haruslah ada kan. jeng jeng jeng, ini sambungannya...

Hari ke-3 kami di Korea, plan asalnya nak ke Mount Sorak. Tapi sebab jauh dan perjalanan tak berapa possible kalau balik hari, so kami pon tukar lah plan ke tempat lain. Cari punya cari, kami decide ke Jamsil.

Pagi tu cuaca ok sikit, -10 darjah. -10 kau cakap ok? OK lah dari semalam kan. Kami bergerak berempat harini, dengan Alim dan Zul. Maisa dan kanak-kanak duduk rumah. 


snow tak boleh cair sebab cuaca pon sejuk beku

dalam bas
Naik bas dari HUFS ke Jamsil lebih kurang sejam perjalanan. Mana nak turun kat Jamsil tu? Ha, kan semalamnya kami dah sesat barat kat Jamsil kan masa nak cari bas balik rumah. So kami dah terel sikit. Nampak aje patung lotte world, terus turun. Basically stop terakhir sebelum Jamsil Bus Station. 


lotte world mall yang baru siap tu
First thing first, cari coffee dulu. Kami try Ediya Coffee. 

lakonan sangat


Lepas dah coffee, jalan-jalan dulu kat underground shopping centre Jamsil tu. Actually kami tengah cari cemana nak pergi ke Olympic Park. Sambil tu cari toilet. Pastu, masuk kat lotte mall, pergi toilet dia. High end betul! Setiap toilet ada bidet, singki, cermin semua sendiri. Gila ah.



Kami pon jalan lah keluar bangunan, ikut aje signboard ke Olympic Park. 


sempat aje kan

model ke?

amboi gambar sambil berjalan



Actually macam-macam boleh buat kat situ. Sewa basikal sorang, berdua or berempat or sekeluarga, main ice skating ke, etc. 

bebudak ni prektis lagak ngeri berbasikal sambil sebelah tu bebudak lain main outdoor ice skating

kitorang berjalan dari lotte mall tu tadi

pokok yang hidup masa winter

Kami ialah sewa basikal yang kayuh 4 orang tu. Jenuh jugak lah berkayuhan masa sejuk beku dan ada tempat yang ada bukit bukit sikit. Tapi puas hati, boleh round the whole park.


stadium bola dia

walaupon ada plastik tutup basikal tu, tetappplah sejuk

break ke?

kejap kejap berhenti amek gamba

kopi machine pon sedap
Settle sejam berbasikal walaupon konfem kalah jauh dengan Azizul Hasni Awang, kami pon pulangkan basikal dan masuk muzium art. 


tak faham

shooting je lebih



Habis round muzium dan shooting, kami pon berjalan balik lah ke lotte world tu. Sambil tu, singgah beli dan makan ice cream.


anti social moment
 Berjalan dari lotte world ke olympic park dan jauh dah. Berbasikal lagi, masuk muzium lagi, pastu jalan balik ke lotte world, perut pon dah lapar. So, kami pon makanlah kat Lotteria.

sedappp


Lepas tu kami sambung lagi jalan dalam bangunan lotte tu dan jugak underground shopping centre. Siap beli mask lagi. Siap beli mask lain-lain perisa, boleh tukar tukar test. Lepas tu kami pon naik bas balik ke rumah. Maisarah dah masak kurma telur. Sedappp.

2 comments:

drnotts said...

jangan lambat sangat day 4 dan seterusnya. kang dah sampai new zealand, korea punya lom habis update

Najwa San Sudin said...

hai, saje blogwalking sebab tengah google pasal kolej anggerik. n tengok recent entry 2017. tak sangka ada lagi org main blog. sbbnye blogger famous sekarang pun dah buat review ig je. btw, nice entry!