Thursday, January 5, 2017

#manusiaseparuhsalmontravel to Cherating

Sebelum aku cerita percutian kami ke PD, baik aku settlekan cerita ceriti ke Cherating dulu. Nanti aku dah lupa, tak best pulak.

Perancangan ke Cherating ni dibuat 2 minggu sebelum pergi. Kiranya nak have a nice break sebelum semester bermula.

Sebelum aku lupa lagi, kat instagram, aku hashtag kan #manusiaseparuhsalmontravel. Diorang ni semua officemate aku, tapi dari faculty lain. Sebelum ni selalu jumpa sekali sekala je especially masa sukan company. Tapi kebetulan tahun ni banyak betul berjumpa dan selalu keluar makan dan bersukan sama-sama. So aku pon jadi rapat dengan diorang. Itu yang ikut diorang pergi holiday tu. (Hence the title of this blogpost). Kalau kat youtube ada je cerita manusia setengah salmon. Diorang cakap ambil sempena tajuk cerita tu.


Pagi kejadian tu kami berkumpul kat office. Lepas tu carpool 2 kereta sebab kami ada 7 orang semua. Sorang tak dapat join. Oleh kerana naik MRR2 untuk ke belah timur, so singgah tapau breakfast kat Tuu Dok Ko di Gombak. Initial plan nak breakfast kat sini, tapi orang ramai sangat so kami tapai aje dan makan di RnR Genting Sempah.

settle tapau makanan

breakfast
Lepas breakfast, kami teruskan perjalanan ke Cherating. Ada berhenti kat RnR for toilet. Kat Cherating tu kami duduk di Tanjung Inn. Ambil 2 bilik, 1 family room dan 1 delux room.

bilik we ols

dalam toilet pon boleh

keluar bilik ada tasik kau









Kami rehat, solat dan makan-makan je dalam bilik sementara tunggu hari tak berapa panas sangat. Petang tu lepas asar barulah pergi ke pantai untuk BBQ, ada juga yang mandi pantai tapi aku tak mandi. Mother kata "jangan mandi pantai". Pastu aku pon menurut perintah (padahal aku scuba dive kemain lagi hahaha).

haruslah mekap dulu walaupon pergi pantai je.
Kat pantai tu kami set up tempat BBQ, susun makanan dan start buat bara api. Lepas tu bakor ayam dan kambing yang dimarinate oleh yours truly.






Settle bakar semua masa nak maghrib tu. Lepas tu kami makan ramai-ramai. Sedappppp. Eh puji diri sendiri pulak.



Memang timing baek betul, settle kitorang makan, dengar bunyi guruh. Terus kemas dan balik ke bilik. Basuh semua barang-barang kat luar bilik (ada paip), dan barulah hujan turun dengan lebatnya.

Malam tu kami sambung makan lagi dalam bilik, sambil borak-borak, main kad dan tidur.

Esok pepagi lagi, dah bancuh cucur adabi tambah bawang dan panaskan makanan semalam untuk breakfast. Kopi O juga tidak dilupakan.



breakfast fiest

Lepas breakfast kat bilik, kitorang angkut baki semua makanan dan kopi, sambung lagi makan kat pantai. Ada yang nak mandi pantai.






Settle mandi dan makan, kami balik ke bilik. Berkemas, dan check out. Sebelum tu, layan dulu view-view menarik sekitar tanjung inn. 
















biasalah. semua nak bawak.



Lepas check out, kami ada singgah ke kedai / tempat buat baju yang dye warna tu. Kawan-kawan ada beli untuk diri sendiri dan family. Settle semua terus kami ke Hai Peng, Kemaman.


kopi dia sedap betul





ultramen pon ada


siap beli bawak balik

Kami singgah di area pantai untuk beli kepok lekor dan makan dalam perjalanan. Isi minyak dan terus mulakan perjalanan balik ke KL. Dalam perjalanan tu memang banyak kereta, maklumlah hari Ahad. Jem sesak di area Temerloh sampai ke Genting Sempah. Kami stop untuk toilet aje, then terus hala ke Kajang. On the way tu kami singgah solat sebelum sampai di office.

Sampai aje kat office, ambil barang masing-masing, salam-salam dan balik. Percutian yang best!

one of my favorite wefie




0 comments: