Tuesday, January 12, 2016

Bawa bekal

Kawan Jepun aku si Eda tu, memang rajin betul bawa bekal pergi office. Walaupon dia kata sebab takde choice kedai makan kat office dia, tapi aku fikir-fikir bagus lah bawa bekal. Makanan dah tentu kita masak / buat sendiri, konfem bersih dan takde perisa tambahan.

Aku ni dah sampai tahap tak tau nak makan ape dah kat cafe ni. Kalau keluar lunch dengan mother atau maisarah atau kawan office di luar kawasan office, barulah try tempat lain.

So, dengan semangatnya aku pon nak bawa bekal. Tiru si Eda, nak bawa wrap. Aku pon pergilah Giant semalam. Nak beli boneless chicken tapi dah habis. So beli lah whole chicken, wrap, salad dan tomato. Balik rumah, marinate ayam. Pastu pergi rumah mother, balik semula ke rumah dan bakar. Tadaaaa...



Aku perap dengan garam, kunyit, olive oil, mixed oregano dan rosemary, rempah kari, serbuk cili, cumin powder dan madu. Bakar 1 jam sebelah dan 1/2 jam lagi sebelah, 180 degree Celcius oven.

So pagi tadi aku bangun awal dan dengan penuh bersemangat buat wrap.


Step 1 : Wrap


Step 2 : Salad (basuh) dan tomato


Step 3 : ayam yang dah dicarik (aku panaskan ayam tu dalam microwave, then carikkan dan asingkan dari tulang)


Step 4 : gulung sesedap hati


Aku bawa 2 wraps. Mamat pon aku buatkan 2 wraps tapi wraps dia ialah ayam sahaja. Dia alergic sayur katanya (tak baik tipu hari selasa tau). Aku tak letak sos cili sebab dah letak serbuk cili so ayam tu dah pedas.  

Settle dah 1 wrap untuk breakfast aku. Lagi 1 aku simpan untuk kemudian, lunch ni nak pergi makan dengan mother. 

Seriously sedap kau (haruslah puji diri sendiri kan). Nanti nak beli boneless chicken lah senang sikit. Hehehe.

6 comments:

sweet tooth said...

bleh cuba marinate ayam tu... tengok pon dah nampak marvelous! :-)

Nana Aris said...

sedapnya ayam tu..boleh cuba untuk bwk pi opis lepas ni..saya pun dah bosan makan cafe opis..hehe

aliaaroslan said...

@sweet tooth ikut tekak saya memang marveles kak. tetiba teringat olive oil dah hampir habis. kena pergi beli ni.

aliaaroslan said...

@Nana Aris simple tapi sedap dan konfem takde perisa tambahan dan yang penting bersih. buat pon cepat.

chanellove said...

next time buat extra for me too! im not allergic to sayur hahahaha

aliaaroslan said...

@chanellove malas krik krik