Tuesday, December 29, 2015

Datuk 3 : 6 December 2015

Ini kali ke-3 aku naik Gunung datuk. 2 kali sebelumnya ialah zaman muda-mudi dulu. Lama sangat dah, tahun 2010 kalau tak salah. So usia pon dah bertambah, berat pon bertambah. Experience pon haruslah lain, sebab ini first time naik gunung di awal pagi.

Aku bergerak ke Senawang jam 12.30am, di awal pagi, subuh pon belum lagi. Berjumpa dengan geng-geng lain kat lepas tol Senawang. Lepas tu sama-sama gerak ke Rembau. Konvoi diketuai oleh Kapten Amiruddin (boleh intai dia kat FB). Kali ni ada 16 orang semuanya dalam kumpulan kami. Combine dengan geng Shah dari HUKM sekali.

Sampai kat parking kaki gunung Datuk, bagi-bagi ration dan settlekan packing bag masing-masing. Pergi lepaskan hajat kat toilet siap-siap dan jam 3.30am kami start hiking. Sebelum hiking, buat warm up dulu. Nak elakkan dari cramp dan sebagainya.

makcik beg merah - photo by Rashid

- photo by Rashid

Settle warm up dan ice breaking, kami pon mulakan pendakian. Dengan berbekalkan head lamp masing-masing, kami pon bergerak ke trek permulaan. Track memang clear alhamdulillah.

- photo by Rashid

- photo by Rashid

Mendaki dan mendaki, sambil tu ada take-5 in between. Bila dah nak dekat sampai puncak, aku memang kelaparan. So aku dan sweeper Shah berhenti makan biskut dulu. Hahaha serious lapar weh. Jam 6am kami pon sampai di puncak.

burger atas puncak. - photo by Rashid

tuna roll - photo by Rashid

sohaib dan tuna roll nya - photo by Rashid
Aku bawak ape? Seperti yang diorang request, aku pon bawaklah baked macaroni 2 jenis, beef bolognase dan seafood carbonara.

beef bolognase baked macaroni

baked macaroni seafood carbonara
Sampai aje kat puncak, rest kejap. Lepas tu letak beg dan kena panjat lagi tangga untuk duduk atas batu besar untuk nampak view terbaek.


sunrise dah banyak








memang agak ramai yang naik pagi tu. Tapi kawasan pon luas so tak rasa cramp sangat. Lepas layan bergambar, kami turun dan makan.

- photo by Rashid

- photo by Rashid

photo ramai-ramai, copy dari HACAM

photo ramai-ramai, copy dari HACAM

Lepas makan, bagi makanan kat jiran sebelah sekali dan habiskan semua makanan, kami pon packing untuk turun balik. Sebelum tu bergambar lagi.



siap main jenga kau



Turun lebih laju dari naik. Sampai kat checkpoint last, semorang tunggu aku. So kami berlima - Rashid, Lin, Afif dan Amir turun sama-mama. Shah turun lagi awal sebab dia nak balik dengan kawan dia dan Sohaib dan Jack memang laju gile.

Sampai kat parking, semorang lapar. Kitorang makan kat kedai makan kat Rembau, then singgah petronas untuk ke tandas. Lepas tu singgah makan cendol, then balik rumah masing-masing.

Aku sampai rumah pukul 4pm. Dah mandi semua, then rest lah. Saje lelapkan mata atas katil, dengan bajet nak bangun maghrib nanti. Sekali, terjaga jam 12.30am (malam). Memang lajak aje lah sampai subuh. Hehehe.

Bestlah. Kalau ada rezeki, boleh repeat lagi. Thanks kawan-kawan.

2 comments:

NEKCIK said...

Wah kuat tenaga dsn lutut tu..nekcik surrender awal lah camtu

NEKCIK said...

Wah kuat tenaga dsn lutut tu..nekcik surrender awal lah camtu