Sampai je rumah, mandi, subuh dan tidur. Pukul 10am bangun dan kemas bag, basuh baju semua. Kemas rumah, ngopi, sidai baju, dan bersiap nak pergi kenduri. Ha kau, balik oversea bukan takat dapat nasi lemak, pakej dengan nasi minyak!
Kenduri sedara mara, haruslah kena lepak lama sikit. Almost asar baru balik. Terus pergi berlepakan di rumah mother cerita ceriti tak habis-habis, maklumlah nak kena update gossip 9 hari. Tapi aku balik rumah agak awal, before 10pm. Sampai rumah terus isya' dan tidur je.
Esoknya semangat dan azam sangat tinggi nak pergi kerja. Lepas bersiap terus pergi kerja, pakej breakfast dengan kak faiza nescafe kaw dan lunch bersama mother. Petang lepak ofis tapi mata macam kena gam. Lepas asar tertidur sampai almost 7pm. Kegilaan apakah ini tidur selepas asar. Ceh.
Malam kelas zumba kensel lah pulak. Tapi tak pergi rumah mother dengan azam nak vacuum dan mop rumah. Tapi harapan tinggal harapan, terjelepul tidur lepas isya' sambil cerita madu tiga tengok aku.
Pagi tadi pergi office juga seperti biasa. Namun tertidur lagi at 10am. Kemengadaan apakah ini. Lalu lepas setengah jam aku pon bangun dan jogging setempat dalam office. Tak boleh layan sangat mengada ni. Aku pon buat-buat busy kehulu kehilir. Lewat petang aku ke UiTM Shah Alam kutip widad dab bawa dia nak visit Vivy yang kena warded Di KPJ Klang. Then kami dinner sama sebelum hantar dia balik kolej.
Oleh kerana mother bercoti bersama alim di Melaka, aku pon takde hala tuju. Maka aku baru settle lap kipas ruang tamu dan bilik aku, vacuum dan mop satu rumah. Tiba-tiba rasa tangan bermuscle. Sikit je tapinya.
Yang penting, kurasakan rumah sangat bersih dan bagaikan mahu tidur atas lantai malam ni.
2 comments:
hikhik. welcome home sister.
tadi akak selisih dengan BLH, dlm jam 10 lebih.
nampak semangat!
tido rumah nya si kanak ni
Post a Comment