Sunday, November 18, 2012

a bit details on nina+hauzar's wedding

maafkan hamba kerna lambat mengupdate details dan gambar-gambar yang diambil masa wedding haritu.

akad nikah pagi tu jugak, jam 9am. ada 4 couple semuanya. maklumlah tarikh cantik so memang confirm ramai yang pilih untuk berkahwin pada tarikh ni. 10/11/12. the next hour, ada beberapa couple lagi. so, memang busy lah tok kadi dan tuan imam haritu.

nina ni cousin saya, anak ucu saya, yakni adik mother yang bongsu. nina anak yang ke-2 dari 5 adik beradik. dia sorang je perempuan. adik dia yang ke-3 tu dah kahwin dan ada sorang anak. 

akad nikah di masjid kajang, di sungai kantan. dekat kawasan rumah nenek kajang. kami (saya dan mamat) sampai tepat jam 9am. 


anak-anak, menantu dan cucu ucu.

pengantin nervous kot?

tangkap kanak sumayyah.
tuan imam suruh aturkan, mengadap kiblat. barisan pertama pengantin lelaki. belakangnya pengantin perempuan. belakang sekali ahli keluarga. 


mamat dan haziq (anak ucu yang ke-3) dan anak haziq, sumayyah. diorang ni sebaya.

group photo

pakteh (abang mother yg tua setahun je tu)

amboi-amboi...

khutbah nikah berjemaah
habis khutbah nikah, terus tuan kadi nikahkan setiap pasangan. lepas tu barulah baca doa berjemaah jugak. then kami terus balik ke rumah nenek sebab nak tengok-tengok ape lagi yang tak siap untuk majlis kenduri tengah harinya. 

duduk baju pink tu lah ucu, mak pengantin

mamat dan kawan rugby dia, tahan panas katanya

kene pakai selesa supaya senang nak kehulu kehilir.

lebih kurang jam 1.45pm baru rombongan pengantin lelaki sampai. ada silat-silat bagai. afiq, anak ucu yang pertama dan kawan-kawan yang bersilat. then tepung tawar membeli restu pada pengantin dan acara ambil gambar. 





kami teman ibu mengandung makan. tengok, muka dah berpeluh.

family pakteh

gambar ulang tayang

sebelum balik

my long-time boyfriend, amir hafiz. he is my favorite cousin. 
settle semua kami pon balik rumah. plannya nak balik mandi dan ke mines. tapi, sebab panas dan malas, kami balik mandi dan tidur je. hahahaha....

2 comments:

Wak Gelas™ said...

wak selesa kalo pakey suar jeans jugakkk.. ahHKks

aliaaroslan said...

@Wak Gelas™ senang nak angkat pinggan tolong kemas meja kan kan?