congrats to kak maliah (ye, pangkat makcik aku blasah panggil akak aje.. hehe) n husband..

dengan keadaan yang panas berdesing itu (rumah adalah tepi laut OK), sempat pulak semai snap gambar kitorang tengah berdrama queen ni... giler panas yu all.. rasa mcm takde udara bergerak aje.. ke sebab kitorang tak bergerak ke camne? mmmmmmmmmmmMMMMMMmmmmmm

lepas pengantin dah bersanding, widada pulak menggedik nak duk atas pelamin.. mementang pakai baju sama konsep dengan pelamin n pengantin... cheh

ada jugak gambar semai.. eh, cover perut kah? makan banyak kah? ini adalah antara sepupu2 yang sempan kitorang jumpa n bergambar sebab lepas pengantin makan2, kitorang cabut balik rumah ayah.. giler panas.. tapi taim nak balik tu lah baru cuaca redup mendung (ala2 berarak mendung kelabu - alleycats) n angin bertiup sepoi2 bahasa...

mari pulang ke rumah yar.. kerna aku udah tidah tahan panas yar.. nasiblah orang dah tak ramai yar, so kita bleh cabut yar.. padahal kat kenduri tu tak watpe pon, kata pakai katering.. so jadi penyeri majlis aje (ye, sila muntah)..

sekali sekala balik kampung ada kenduri kendara seronok jugak. jumpa sedara mara yang hanya akan berjumpa time raya or party tupperware mahupun zhulian (kalau yang join lah).. dah besar dah suma sepupu2 aku, bleh kawen dah.. hahaha
aku pulak biler? oh yeah, kne carikan lah calon tuk aku.. pastu aku nak buat majlis kawin lain dari yang lain.. nanti aku blogkan dalam entry laen pasal perkahwinan impianku walaupon calon blum tentu ada.. hahahahahahhHHHHHaaaaaaaaahhhhhhhAAAAAAAA