Thursday, April 13, 2017

Winter in Korea 2017 Day 9 : Twosome coffee, Hangang Park, Yooganae & the longest journey back to Yongin

Hari ke-9 di Korea memang tersangatlah sejuk. Sejuk dia aku rasa lain macam. Malam sebelumnya memang snow turun sikit. Dia punya sejuk bersuhu negative, sampaikan...

bekas air untuk anjing ni pun beku
So, boleh bayangkan tak macam mana sejuknya. Tapi so far alhamdulillah boleh survive dengan cara berpakaian masa winter suhu negatif-negatif ni. Pagi tu lepas breakfast power kat rumah, bergerak dengan Maisa, Zul, Mateen dan Alim ke Seoul. Alim dia ada kelas Korean kat Seoul. Sofea tinggal dengan grandma kat rumah.



cemana nak cair kalau cuaca beku




sementara tunggu bas mestilah sibuk nak ambil gambar walaupon muka dah kebas. hahaha

Masuk aje ke Seoul, Maisa sekeluarga turun dulu, diorang nak pergi ke Daiso yang sebelum hentian Myeongdong. Aku pulak berhenti di Namdaemun dan berjalan ke Myeongdong dan Alim terus ke Seoul station untuk naik subway ke kolej dia. Jumpa Shah kat Myeongdong lepas tu kami ke Twosome Coffee yang depan Pacific Hotel tu. Order coffee dan duduk mengopi. Aku order Pistachio Latte. Rasa macam ubat selsema bak kata Shah.











Settle mengopi, kami naik subway ke Hangang park. Lagi sekali aku tersalah turun subway station, kami pergi turun station yang selepasnya. So naik balik subway, turun ke station sebelumnya dan keluar terus jumpa Hangang park. Snow turun lebat selebat lebatnya. Merasa lah shooting dalam snow. Bajet artis korea sangat. Hahaha.
















compulsory jumping shot

Betul kata orang, bila snow turun ni dia punya sejuk takdelah beku tahap dewa sangat. Masih boleh lagi tahan, siap tak pakai glove lagi.

Lepas dah puas ambil gambar semua, kami pun naik balik subway dan patah balik ke Myeongdong. Lama jugak kami kat Hangang Park tu. Basah la jugak hoodie.




yang ni over hahaha

Balik ke Myeongdong, perut pon dah lapar. So kami pun pergilah makan nasi goreng seafood kat Yooganae.


Dalam pukul 5.30pm macam tu aku dah gerak balik ke Yongin dah. Sebabnyak mama dah pesan, hari sabtu for the past 9 weeks ialah ada picket tunjuk perasaan orang Korea ni nak suruh presiden dia turun jawatan. So banyak bas tak boleh masuk ke Seoul. So aku pon gerak balik awal, pergi tunggu bas kat station bas yang aku selalu tunggu kat Myeongdong tu. 

Tunggu punya tunggu, tengok kat signboard memula lagi 30 minit, then lagi 45 minit, sekali 90 minit waktu menunggu. Tak boleh jadi ni, konfem bas tak masuk Seoul. 

Pastu aku teringat Alim, cane pulak dia nak balik. Aku hantar text kat dia tapi dia tak reply. Aku toleh across ramai-ramai manusia kat station bas tu, dan nampak Alim. Punyalah seramai-ramai orang tu boleh nampak dia. Aku pergi kat Alim, dia pon terkejut tengok aku. Kami jalan ke station bas Namdaemun, kat situ katanya bas lgi 50 minit. Alim online dan tengok bas takkan lalu kat station bas tu. So konfem akan delay lagi bas. So kami opt for naik subway. 

Kami naik subway dari Namdaemun station tu, tukar 5 kali subway dan sampai ke station Gwangju. Sampai aje kat situ, ambil taxi dan balik rumah, kena KRW11,000. 

Kami sampai rumah jam 9.30pm. Lama gila perjalanan balik. Pergh, memang penangan betul bila picket kat Seoul tu. By the way itu ialah malam last Shah kat Korea. Esoknya dia balik Malaysia dah. 

Sebab kelaparan, balik rumah aje terus makan. hahaha.





1 comments:

NEKCIK said...

Hu..hu dah 5 kali masih blum dapat shooting winter sonata lagi..oh kna menabung lagi niii...
Kat myeongdong dekat area pacific hotel tu ada restoran kampongku...malaysian owned..jumpa tak..nekcik tak tahu hari tu..taklah cari