bila time weekdays, meaning hari kerja, mengaji dan sebagainya, selalu berazam sangat-sangat nak tidur awal. bajet nak tidur pukul 10.30pm agar esok paginya akan berasa sangat fresh setelah berehat dan tidur dengan puas dan baik sekali. tapi, konfem every working night pon akan tidur lambat. ada la sekali ke dua kali dalam seminggu tu yang tidur awal ikut time bajet tersebut.
bila time weekend, yang kurang aktiviti research dan tak ke office, biasanya akan tidur awal. kecuali kalau ada aktiviti nak pergi tengok midnight movie or jalan-jalan memeluhkan diri kat downtown sambil makan.
ape la masalah timing aku ni.
tengok ni ha. dah pukul 12.30am dan aku ialah masih duk mengadap laptop ini. baru lepas mempress baju kerojer untuk seminggu. dan, minggu ini punya koleksi baju kerojer termasuk sepasang baju kurung. ha, harus you ols tergezut kan aku pakai baju kurung pergi office. well, sebabnya ada iftar perdana di office tersebut hari rabu nanti. maka haruslah bersopan bagaikan anak dara melayu terakhir ye kawan-kawan. awwwww. kalau ada peminat nak ambil gambar nanti aku tepek di sini yar.
ya, sangat jarang aku mengupdate blog since pulang ke malaya ini. eleh, padahal ko dah balik lamaaaa dah aliaa oiii. dah almost 4 months pon. cuma kekangan masa dan ketandusan idea untuk merapu merepek di sini dek kerana kebizian tahap tokei jongkong emas menjaga pintu bilik kebalnya!!! ha, cerita outstation bawa student ke cameron pon terbengkalai bagaikan bangunan tak siap dibina yang kat tepi LDP dekat exit subang kalau dari arah puchong tu.
oh, aku jadi artis jugak beberapa menjak ni. ramai sangat yang cari. sampai tak cukup masa nak buat pertemuan fan meeting (akibat terpengaruh untuk menjadi artis korea dan berboyfriendkan hyun bin yang tengah serve korean marine tu).
last but not least, i am wondering whether kak haslina dah bersalin ke belum ye? semalam aku text birthday beliau dan tanya dah bersalin ke belum. semoga dipermudahkan urusan. nak picit baby baru!!!
p/s: happy birthday aiman (4 august 1986) & lana (8 august 2010)
p/p/s: maklong loves lana so much!!! xoxoxoxoxoxoxo - ok, dah picit dia dah semalam.
0 comments:
Post a Comment