Wednesday, February 22, 2012

makan-makan cari jalan

sabtu lepas kami ke klcc. kami tu ialah aku, widad dan mother. plan utama nak cari buku cemerlang lagi terbilang di kinokuniya. malangnya takde dalam stok dan ada certain buku yang harganya 2-3 kali ganda dari membeli di kedai buku lain (MPH dan borders).

so, kami jalan-jalan cari pasal lah dulu. ni gambar-gambar yang aku snap. yang widad snap dia tak email-email lagi. busy sangat kew budak unibesiti uitm dihatiku tu? rentetan makan-makan cari jalan kami ialah...

mula-mula sampai kami kebuluran sebab tak breakfast lagi. so kami ke sushi king. as if kat mines or alamanda takde sushi king kan. tapi kami belasah 6 pinggan salmon sashimi dan sushi-sushi yang lain. so makan sampai bloated. eh, tipu. makan sampai se'eh dan perut penuh. makanan lain tak menariks.

lepas ke kinokuniya, kami jalan-jalan dan singgah makan ice-cream berkonsep macam ice-cream kat korea tu. yang pilih dan bancuh apebende entah tu, nama kendai Cream Fudge. kat alamanda pon ada. 








komdian jalan dan jalan lagi, kami beli famous amos cookies. 200g no-nut cookies dan 2 no-nut soft cookies.

tengok dekat-dekat famous amos tu ada kedai yang jual kuih tradisional. so beli dan makan kuih ada 10 potong including kuih lapis dan tepung talam dan kuih ketayap. tambahan jugak sekotak tart nenas walaupon bukan zaman raya.

sebelum ni memang ramai orang mention pasal pop corn sedap kat klcc tu. tapi aku tak tau nama dia. aku bbm tanya one of my x-student kat mana lokasi kedai tu, dan jumpa. kami beli perisa almond. sedap serius!

model tak berbayar
jalan-jalan lagi dan kami beli pretzel di untie annie's. mother pilih yang original. widad pilih yang Parmesan cheese. aku pilih yang menu baru yang ada cheese dan sosej atas pretzel tu. aku lupa nama dia. makan masa panas ialah sangat sedaps!









serius you all, makan saje kerjenye haritu. nasib baik balik tu tak singgah pasar malam pulak. kalau tak, ahad dan isnin kene puasa!





NZ dan KMC

apekah itu NZ? ianya bukanlah new zealand all black yang ada jonah lomu mahupun perkampungan hobbit untuk filem LOTR itu. tapi ianya ialah sebuah kedai runcit yang ada segala-galanya. padahal pasar mini aje pon. 1 lot kedai je pon tapi semua ada.

biasanya aku pegi kedai ni beli barang standard kedai runcit la kan. macam roti ke, telur ke, air ke. sekali masa bulan puasa tahun lepas, aku nak cari kertas minyak nak buat kuih raya. habis aku carik kat giant nilai, tapi takde. bila nak balik tu, mother suggest pergi cari di NZ. ada pulak tu.

lepas tu aku nak cari tepung kek. kedai runcit lain takde, tapi kat kedai ni ada. yang paling latest, aku nak cari kunci tayar basikal aku. habis tesco nilai aku round, tapi takde. masa cari tu malam, so kedai basikal dah tutup. so sekali lagi mother suggest pergi cari di NZ. guess what, ada you all!

memang terbaik. by the way, ada sekali tu, aku pernah tukar duit raya kat kedai ni. since aku dah tak sempat nak tukar kat bank. dia ada tau, duit baru lagi.


apebendealah KMC ni pulak? aku rasa macam pernah cerita kat blog ni sebelum ni. KMC maknanya Kedai Mak Cik. kalau exit tol bandar seri putra, boleh nampak dari tepi jalan kedai makan yang hujung sekali, sebelah kedai perabot.

nama betul kedai ni Restoran Sri Selasih. well, sebab kami selalu makan sini dan ownernya kami panggil makcik dan pakcik. so one day mamat ke alim, aku tak ingat, cakap nak makan kat KMC = kedai mak cik. so either mamat or alim yang came up with this short acronyms name.

haritu aku ada twit yang aku teman mother pegi makan dengan mamat dan geng rugby dia. aiman pon terselit sekali. seronok tengok budak-budak sukan makan. berselera you all!



sekian laporan penggunaan acronyms untuk kali ini.