Showing posts with label teringat. Show all posts
Showing posts with label teringat. Show all posts

Monday, January 19, 2015

13 January, 18 years ago

This was the day that I registered in Maahad Hamidiah Kajang.

Excited jangan cakap. Malam sebelumnya siap bangun tidur berapa kali entah.

Baju dah packing seminggu sebelum. Maklumlah nak masuk asrama. Kemain lagi siap buat senarai barang bagai.

Tapi nervous pon iye jugak. Yelah, kat sekolah rendah dah jadi senior, masuk sekolah menengah jadi junior lah pulak kan.

On the day itself, registration semua smooth. Hantar beg ke dorm, jumpa akak senior sebilik. Masa tu bulan ramadhan. Penat berpuasa, tapi diatasi excited.

Dan, bermulalah orientasi tingkatan 1 yang sungguh mencabar.

Takde pon ragging ape semua tu. Lebih kepada nak train kehidupan berasrama dan hormat menghormati.

Asrama sekarang ni menakutkan lah. Budak-budak making canggih. Warden salah sikit, habis video jadi viral. Aku dulu setakat nangis-nangis ngadu ngan mother je, itupon call pakai public phone. Pastu ayat mother ialah "biasalah tu, duduk asrama". Hujung minggu, bila boleh keluar bandar, aku balik rumah. Hahahaha

Saturday, December 18, 2010

kebetulan



seperti mengikut tema cuaca untuk hari ini...

Friday, October 8, 2010

nenek

rindu kat arwah nenek pulak. sebab tadi masa nak pegi goose fair, lalu depan lorong rumah yang kitorang duduk masa nenek datang sini.

nenek duduk dengan kitorang 3 bulan. lama tu. patutnya 6 bulan, tapi tak tahan sejuk kata beliau.

setiap rabu, ada wednesday market. nenek akan bangun pagi-pagi, pegi jalan wednesday market. sebelah tu ada carboot. nenek akan jalan pegi carboot. lepas tu pegi jalan ke semua kedai-kedai charity shop kat sepanjang jalan nak balik ke rumah.

nenek meninggal tahun 2002.

muka nenek sama macam mama. gelak pon sama.

nama aku ikut nama nenek, sebab tu ada Siti kat depan nama.

Sunday, September 19, 2010

academician

dari kecik, dalam umur-umur 4 tahun camtu, memang dah terpahat-tanam dapat pikiran aku ni, cita-cita ialah nak jadi doktor. suma bende nak relate dengan doktor. sampailah gigih tengok cerita chicago hope dengan ER. tapi, aku ni lah paling pengecut sekali dengan doktor. kalo nak kene pegi klinik biasa or klinik gigi, aku akan nangis dulu sebelum sampai klinik lagi pon. teringat pulak masa darjah 1 kan ke ada orang klinik kerajaan akan datang tuk kasi injection apebende ntah tu kan. nampak aje van die, aku dah nangis dulu. time tu mama ialah cikgu kat sekolah aku tu kan. siap mama kne datang kelas, buat teknik ugutan serta kne tampa sedas dulu, baru la terhegeh2 pegi ke bilik nak injection tu sambil nangis tersedu-sedu. ampeh kan aku ni. tapi time tu toootapppp nak jadi doktor, kekonon rasa cool gila aje kan duk inject/rawat orang. tapi lepas dari tu aku ok aje. sekali tu aje pon nangis. lepas-lepas tu jadi heroin remaja, beratur depan sekali kalo kne check up. kalo nurse gigi datang pon aku beratur depan sekali.

nurse gigi yang datang tu ialah sangat garang dan ditakuti ok. tak ingat la nama die ape. tapi assisstant nurse tu ialah mak kepada kawan sekolah aku. so kitorang tak takut sangat la kan. nurse garang tu ialah india. dia ialah cabut gigi aku ok! tak ingat berapa batang, tapi gigi aku selain dari yang aku cabut sendiri, konfem die yang cabut. alah, bukan garang mane pon. biasalah, kalo setiap hari ko dah tengok 500++ mulut n gigi budak-budak sekolah yang busuk lagi tak diberus tu, tak ke ko stress rasa macam nak hantuk kepala sendiri kat dinding?

so cita-cita tu diteruskan sampailah aku form 4, bila kitorang datang ke nottingham. mama dapat sambung phd kat sini. so memang aku sangat teruja lah sangat kan, kekonon plan untuk buat a-levels, lepas abes aje terus masuk university of nottingham pasal uni notts ni ialah salah satu uni yang paling bagus untuk medicine. pergh, melompat ok!

so sampai kat notts, masuk form 6. lompat ok, dari form 4 ke form 6. dengan tak amek spm nye, blasah aje. siap amek subject2 untuk medic lagi, iaitu aku buat a-levels chemistry, physics, biology dan maths. course die 2 tahun. after 1 year, uni of notts ada buat satu kursus, Medlink. macam intro to medicine punya course, untuk potential medical students. aku pon pegi la, seminggu. balik dari Medlink tu, terus aku tanak jadi doktor. apekah? ntah, aku rasa jiwa aku tak cukup passionate untuk jadi doktor. pulaknya aku ni bukan jenis yang bookworm, etc. so aku decide untuk tukar, nak jadi software engineer.

time tu, aku ingat software engineer ni ialah design software computer aje. tapi, it is more than that sebenarnya kan. so aku tambah lagi satu subject for second year a-level tu, ICT. habis a-levels, aku apply uniten (software engineer), uitm (geomatic) dan uia (computer engineering). tapi uniten takde intake december, dan uia ialah nak BM paper SPM. mane la aku ada. kalo nak resit, kne tunggu setahun lagi. so aku blasah aje masuk uitm. ape bende course geomatic tu pon aku tatau.

aku blasah buat aje. it took me more than a year to finally understand what geomatic is all about. nasiblah masa first year tu banyak subjek yang calculation. maths is one of my best subject, so i got lucky. masa lagi 1 sem nak habis degree, semorang dalam kelas ialah gigih duk isi borang cari kerje. aku ni aje yang relek, tercongok tatau nak cari kerje ke ape kan. so aku isi borang masters untuk masuk uitm. tapi tak dapat masuk pasal course yang aku nak ambil tu perlu ada working experience dulu. then apply upm, alhamdulillah dapat. so buatlah masters kat upm tu. masa tu supervisor aku offer part time mengajar budak2 degree civil engineering subjek surveying and aku rasa masa tu aku suka mengajar. so sebulan sebelum habis masters, aku dah dapat kerje kat kliuc, alhamdulillah.

so lepas berliku-liku pilihan, aku pilih untuk jadi academician. harap-harap dapatlah capai impian untuk tamatkan semua peringkat pembelajaran untuk jadi academician yang terbaik. doakan ye. aminnn.

Saturday, August 21, 2010

on the way

cerita detail boleh baca kat blog mama...

lepas settle imegresen dan naik train, terus kitorang jalan dengan kadar lepak2 ke gate yang sepatutnya. siap ambil gamba lagi, barulah kene dengan konsep jalan lepak2.



sampai aje kat gate, rupanya kitorang ialah orang last ke second last camtu la, yang board the plane. ha, nak lepak sangat kat. tempat duduk belakang sekali. dah masukkan hand luggage kat compartment atas, terus duduk, pakai belt n ready for take off. sempat lagi sms, then offkan handphone.


oh, kami ialah tak puasa, maaf yar. aku rasa, makanan MAS ni makin lama makin sikit la. ke aku yang makan makin lama makin banyak? ntah.. tapi sedap still sedap. hahahaaaaaa


dikala bosan-bosan tengok movie, jalan2 dulu sekitar kawasan yang ada. bukak tingkap, pergh, view sangat cantik! subhanallah!





oh, cik pramugari sangatlah chanteks! baik aje. mintak suma dapat. maklumlah, ada la dalam 10 orang out of berapa ratus orang dalam plane tu yang malaysian kan. so suma dapat. mintak aje.


masa ni dah nak dekat sampai dah, lagi beberapa minit nak landing. eksaited kah?


landing aje, terus ke connecting flight. aku rasa London heathraw ni dah renovate airport die kasi besar lah. pasal siap kene naik bas lagi nak ke terminal connecting flight tu, then kene jalan dalam 20 minit lagi nak sampai ke gate. of course la dengan imigresen UK yang panjang beratur lagi. so kitorang ada lebih kurang 20 minit aje lepak2 duduk2 n amik2 gamba..

dalam bas ke terminal 1, connecting flight


oh, WH smith. we miss you!



Sebenarnya beg tu berat macam batu.


landing di dublin, keluar dari flight, pergh. WESTLIFE you all!


konsepnya : control macho!


settle imegresen ireland, terus keluar dan collect luggage..


mama terus cari info untuk bermalam di  Travelodge kat dublin pasalnyer bas ke limerick ialah esok paginya. kitorang naik teksi ke travelodge, sampai aje semua pengsan kepenatan.