Thursday, April 23, 2009

finally, got the pasport.. are you ready baybeh?

check list:
  • renew pasport - yes
  • tukar duit - yes
  • listdown pesanan dari pihak penaja (yang penting sahaja) - yes
  • mintak cuti - yes
  • hantar borang pegi training - yes
  • berangan nak shopping sampai pengsan - ohhhhhhh yesssssssssssssss !!!!!!!!!

jeng jeng jeng.. mau ke mana aku? kenapa? kau mau ikut ya? enggak bisa.. kerna teket udah ditempah buatku aja.. bukan buat kamu sekali.. (nak cakap indon tak reti ok.. sila muntah)

alah, bukan pegi jalan2 pon, pegi conference yu all.. kalo pegi jalan2, sah2 akan ku khabarkan sejak beberapa bulan dulu.. supaya korang kuburkan cita2 korang nak pesan barang kat aku.. mwahahahahahah (gelak jahat sikit2 dulu)..

pic : pasport lama n baru

pic - yang dah kne gunting tu haruslah pasport lama kan..

pasport lama aku tuh, adalah pasport yang kedua, sebab pasport yang pertama dah kne curik dek orang. taim tu aku baru pulang dari UK, terus masuk UiTM. then bawak ler ke kolej, simpan dalam bilik. in case tetibe ada orang ajak aku kawen kat thailand ke kan, so ada lah pasport dah standby (gatal kan nak kawen umur belas2 lagi taim tu..).. tetibe lepas 2 tahun, aku nak pegi holiday ke UK, carik2 pasport tak jumpa. ingatkan tetinggal kat rumah makngah aku, carik kat sana pon takde jugak.. cheh. ni mesti dah kne curik dek makcik cleaner kat kolej aku tu.. diorang tu dahla pakar2 masuk bilik orang takyah pakai kunci.. aku dah panik time tu.. lagi sebulan lebih nak pegi UK ni.. pastu terus nak pegi buat pasport baru.. orang imegresen kata, kne ada laporan polis dulu pasal kehilangan pasport tu, then kne isi borang aduan kehilangan pasport, pastu imegresen siasat, pastu kalo takde ape2 masalah, barulah boleh buat baru..

taim tu memang menyumpah2 la.. banyak btul kerje nak buat.. entah sempat ke tak nak siap pasport baru sebab org imegresen kata ambil masa sebulan nak buat siasatan (siasat ape ntah lama2 tu, aku tengok CSI tu, 5 saat je die boleh detect kalo orang keluar negara dengan pasport curi).. dengan pantas dan cepat aku terus zaas ke balai polis kat shah alam sec. 11..

conversation dengan pakcik polis:
pakcik polis : nak buat aduan pasal ape dik?
aku : pasport saya hilang encik
pakcik polis : camne boleh hilang? rumah terbakar ke? (asyik2 orang kalo ilang pasport sebab rumah terbakar ke ek?)
aku : tak, encik.. saya pon tak tau camne boleh hilang. saya letak kat laci bilik saya, nak cari baru nie, tengok2 dah takde. cari kat rumah pon takde jugak. mungkin ada orang amik kot..
pakcik polis : duk asrama ke dik?
aku : aah..
pakcik polis : agaknye ada orang minat kat ko kot dik, tu yang amek pasport ko, nak buat jampi (lepas tu polis tu gelak2)

cheh, boleh pulak polis tu buat lawak.. aku tengah kelam kabut nie, nak bergurau senda pulak.. aku memang ingat ape polis tu cakap sebab taim tu tengah kecoh2 pasal bomoh2kan orang nie.. lepas aku dah buat karangan dalam laporan polis tu, die kata "ok dik, esok boleh amik report nie".. aku terkejut.. tanya lagi "nape encik? tokleh print skrang ke?".. die jawab "kalo nak print, kne tunggu office hour sebab orang yang collect duit print report ni dah balik".. lepas tu aku tengok jam kat tangan, loh, dah pkul 6.30petang.. aku tak sure la itu prosedur die ke camne, tapi memang leceh, sebab aku kne datang lagi sekali esoknye nak beli report yang di print tu.. lepas tu dengan pantas terus ke imegresen shah alam kat bangunan pkns, settlekan isi borang, n kasi report polis tu..

lepas sebulan (memang betul sebulan yu all), dapat surat kat rumah aku, mengatakan imegresen dah buat siasatan (siasat lah sangat kan) pastu memang tak jumpa lah pasport aku kat mane2 gate ke luar negara. meaning pasport aku tak diguna pakai oleh orang lain nak lari dari malaysia n aku boleh buat pasport lain.

pasport baru tu plak, aku dapat utk 2 tahun aje, tapi still bayar RM300.. kununnya denda sebab hilangkan passport. so passport aku yang ke 2 tu dapat tuk tahun 2004-2006 aje.. tahun ni nak pegi conference kat *tut* so kne buat pasport..

sekian kisah pasport.. kisah ic takde sebab ic aku normal aje..

kisah surat beranak boleh? eh, jap.. mane aku letak surat beranak aku ek..

SMOking-meroKOK!!!

ramai jugak rakyat malaysia yang gemar menghisap rokok / smoking (shorform = SMOKOK).. majoritynya adalah kaum lelaki. tatau lah kalo sebab nampak macho atau ikut member, takpon takut dikatakan ketinggalan zaman sebab tak buat bende yang dikatakan "cool" pada zaman sains dan teknologi nie.. tepuk dada, rasa sket bleh bernafas dengan senang ke tak.. tapi bile aku tanya kat perokok2 tegar, kebanyakannya kata "kalau merokok, baru dada aku rasa lapang".. yeke? sebab kalo ikut cakap doktor (lebih kepada ceramah sebenarnya) yang merokok tu boleh merosakkan paru-paru n mengundang pelbagai penyakit, termasuklah bermasalah jika mahu mendapatkan anak bila kahwin nanti. bila diutarakan persoalan "ko tak takut ke mandul nanti weh, susah ko nak dapat anak lepas kawen nanti".. perokok tersebut jawab "alah, apak aku merokok dari muda sampai sekarang, ada 8 adik beradik aku.. cane?" die pulak tanya balik kat aku..


sebenarnya, setahu aku, perokok2 nie bukannyer tak tau ape yang diorang bakal dapat dari merokok (tengok aje kotak2 rokok skrang ni kalo nak tau ape hasil merokok) tapi diorang sendiri yang "belum bersedia" untuk berhenti merokok. kenapa yar? aku pon tak sure.. sebab biasenye jawapan yang diberikan bila ditanya bila nak berhenti adalah "nantilah, aku tak puas / tak ready lagi.. lama2 nanti aku berenti lah"..

so, bila lagi ya nak berenti? secara tak lansung bleh jimat duit.. hehe

p/s: kemain aku tanya orang bila nak berenti merokok.. aku ni bila nak berenti dvd, vcd n kasut? ishhhhhhh.. dahla sogo tengah sale wedges skrang..