Tuesday, January 12, 2016

Bawa bekal

Kawan Jepun aku si Eda tu, memang rajin betul bawa bekal pergi office. Walaupon dia kata sebab takde choice kedai makan kat office dia, tapi aku fikir-fikir bagus lah bawa bekal. Makanan dah tentu kita masak / buat sendiri, konfem bersih dan takde perisa tambahan.

Aku ni dah sampai tahap tak tau nak makan ape dah kat cafe ni. Kalau keluar lunch dengan mother atau maisarah atau kawan office di luar kawasan office, barulah try tempat lain.

So, dengan semangatnya aku pon nak bawa bekal. Tiru si Eda, nak bawa wrap. Aku pon pergilah Giant semalam. Nak beli boneless chicken tapi dah habis. So beli lah whole chicken, wrap, salad dan tomato. Balik rumah, marinate ayam. Pastu pergi rumah mother, balik semula ke rumah dan bakar. Tadaaaa...



Aku perap dengan garam, kunyit, olive oil, mixed oregano dan rosemary, rempah kari, serbuk cili, cumin powder dan madu. Bakar 1 jam sebelah dan 1/2 jam lagi sebelah, 180 degree Celcius oven.

So pagi tadi aku bangun awal dan dengan penuh bersemangat buat wrap.


Step 1 : Wrap


Step 2 : Salad (basuh) dan tomato


Step 3 : ayam yang dah dicarik (aku panaskan ayam tu dalam microwave, then carikkan dan asingkan dari tulang)


Step 4 : gulung sesedap hati


Aku bawa 2 wraps. Mamat pon aku buatkan 2 wraps tapi wraps dia ialah ayam sahaja. Dia alergic sayur katanya (tak baik tipu hari selasa tau). Aku tak letak sos cili sebab dah letak serbuk cili so ayam tu dah pedas.  

Settle dah 1 wrap untuk breakfast aku. Lagi 1 aku simpan untuk kemudian, lunch ni nak pergi makan dengan mother. 

Seriously sedap kau (haruslah puji diri sendiri kan). Nanti nak beli boneless chicken lah senang sikit. Hehehe.

Monday, January 11, 2016

Apa ada di Bagan Lalang?

Tiba-tiba letak soalan kat tajuk posting ni dah kenapa kan. Masa 21-23 Dec 2015 haritu, aku dan Alim follow mother berkursus kat Bagan Lalang. Duduk di Hotel Seri Malaysia. Aku dah pun apply annual leave dan kebetulan ialah cuti mid-sem kat IUKL. Memang matching lah kan.

So kami pon search lah dulu apa aktiviti yang boleh dibuat di Bagan Lalang tu.

Banyak yang cakap, boleh main layang-layang, makan seafood dan makan seafood lagi.

Masa tu aku ialah tengah selsema teruk, balik dari naik Gunung Bunga Buah. So aku bajet nak rest rest ajelah dan layankan Alim.

Hotel Seri Malaysia Bangan Lalang tu aku rasa sama aje design nya dengan Hotel Seri Malaysia yang lain. Bilik selesa tapi sebab perabot pon lama, so berbau sikitlah. Kami pergi beli febreeze dan sembut satu bilik. So OK lah sikit.

So akhirnya apa yang kami buat? Lepak dalam bilik aje. Tiba masa kami pon makan. Pastu sambung melepak dalam bilik lagi. Masa petang 1st day tu aku join lah Alim swimming. Hari ke-2 tu dah tak join dah, Alim pergi sorang.

Layanlah beberapa keping gambar berkaitan makan masa trip haritu...

order room service.


malam 1st

malam second

Masakan nya so-so aje lah. Maybe ada kedai yang lebih sedap masakannya. So-so pon habislah kami settlekan hehehe.