Pages

Tuesday, January 25, 2011

gwenchana?

bila baca entry fazira kat sini, rindunya malaysia (berlagak gila pasal ko bukan kat malaysia sekarang kan aliaa).

previously, dalam fikiran ni, selalu fikir.. bestnya UK. seronoknya UK. bestnya 4 seasons country. bestnya snow. bestnya makan doner kebab. bestnya boleh lepak picnic tepi sungai masa cuaca sejuk-sejuk manja. paling best skali boleh eksyen pandai cakap english dengan british accent.

currently.. sedapnya nasi lemak paru. bestnya keluar rumah takyah pakai baju berlapis-lapis. bestnya lepak mapley malam sampai pagi. bestnya panjat gunung. bestnya main hujan lebat. bestnya semua ahli keluarga ada di sisi.

ok, sekian. nak sambung tengok pasta ni.


** gila tensi tunggu ketupusan ni**

20 comments:

  1. berapa lama lagi baru boleh balik negara saya?

    ReplyDelete
  2. akak tak pandai ckp dgn British accent.. akak ckp malay accent gituu.. eheheh

    ReplyDelete
  3. mandi air terjun pun best juga tau...



    .

    ReplyDelete
  4. true true...exactly ape yg izni rasa!

    ReplyDelete
  5. bujal X - tak sure lagi encik bujal. tunggu ketupusan yg tak kunjung tiba ni. huhu

    ReplyDelete
  6. kak mimah - janji difahami. tapi kalau lawan cakap dengan botak, sah dia menang.

    ReplyDelete
  7. drhanie - ketupusan yang tak kunjung tiba. konfrom nanti akan kasitau. tak konfrom tapi kasitau nanti tak best pulak :)

    ReplyDelete
  8. tasek M - itu aktiviti wajib everytime pegi camping!

    ReplyDelete
  9. izni - tak rasa dan kenal maka tak cinta. hehe..

    ReplyDelete
  10. aliaa;

    sape yang buat peribahasa: hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri bla bla bla tu memang genius hehehe mesti dah rasa seksa duduk kat tempat orang lain sebelom nie hahaha

    p/s: saya dah duduk UK, US tp tetap rasa Malaysia tu tade galang gantinya (biarpon orang komplen rega barang makin naik makin naik dan makin naik hehehe)

    ReplyDelete
  11. melissa - sangat setuju dengan pengenius yang buat peribahasa tu. dulu saya duk sini 3 tahun, ni nak tambah lagi. still rasa malaysia best. kan kan kan..

    tapi kalau ada rezeki nak jugak pegi US tapi utk holiday aje la. nak duk for good, tamau. huhu..

    ReplyDelete
  12. Malaysia dihatiku...walaupun pening ngan politik yg tgh mengong nih. Janji bile keluar rumah rase selamat, boleh makan mcm2 (hehehe sebenarnye malas nak masak....masak kat kedai jela), n yg penting kat cni x de kesejukan melampau cam kat sane (kan org ni penyejuk, dolu2 rase cam nak bwk selimut kat dewan kuliah kannn)

    ReplyDelete
  13. Melawat negara orang ni kalau kejap je memang seronok, tapi kalau lama-lama...kekadang tu nak termuntah pun ada. Macamana pun mesti rindu dan teringat tempat yang jatuh lagi dikenang (lagi bahasa berbelit-belit stail Malaysia :)

    ReplyDelete
  14. en_me - pegi holiday seronok.. nak dudk for good, mungkin tak..

    ReplyDelete
  15. kak shiema - sejuk melampau paling tak tahan kat sini. bila kulit kering, abis sakit-sakit. memang teringat dulu kalo kelas kat dewan kuliah, rasa nak beku pastu nak tido. haha..

    makanan melambak takyah pikir nak masak ape kan..

    ReplyDelete
  16. DrSam - malaysia punya peribahasa memang tersurat dan tersirat sampai pening nak paham.

    negara orang ni, jalan-jalan holiday belajar budaya diorang, ok lagi. nak duduk terus, mungkin pening dan pengsan kot.

    ReplyDelete

say it to my face!!