Monday, January 10, 2011

Nasi Ayam Madu


Ayam bakar madu :
  • Marinate ayam dengan garam + kunyit + madu.
  • Bakar dalam oven selama sejam.

 Acar timun:

 Sup Ayam:
  • Seketul ayam, masukkan dalam periuk bersama air dan sup bunjut
  • Reneh sampai ayam masak
  • Tambah garam secukup rasa.

 Salad:
  • Boleh beli di ASDA ataupon Shariff and sons atau mane-mane kedai yang ada jual.

Nasi untuk nasi ayam:

Bahan-bahan:

Beras basmati - 1 1/2 cawan
Bawang besar - 2 biji dihiris bulat-bulat
Stok ayam (ambil saje sup ayam tu) - 4 cawan
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

Kaedahnya:
  1. Basuh beras
  2. Masukkan bawang dan stok ayam
  3. Garam secukup rasa
  4. Serbuk kunyit kasi warna
  5. Masak nasi seperti biasa

Sambal cili nasi ayam (ala-ala sambal nasi ayam kat Ani sup utara):

Bahan-bahan:
Cili masak - 5 tangkai
Cili capsicum - 1 biji
Bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
Cuka - 5 sudu besar
Gula - 5 sudu besar (adjust ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
Garam secukup rasa
Kicap masin Habhal (hijau)- 4 sudu besar

Kaedahnya:
  1. Blend cili masa + cabsicum
  2. Masak dalam periuk, masukkan cuka + bahan tumisan
  3. Masukkan Gula dan garam, serta kicap.
  4. Masak hinggap menggelegak


Dan hasilnya:



Baru 1st round untuk hari ini. macam nak ke second round aje ni..

8 comments:

DeLancrettLurpak said...

alahaiiii sikit nye nasik.. akak makan banyak dr tu laa, hari ni la.. sebab masak nasik lemak. hehehe.. biasa kena makan 3-4 sudu aje

Izyan Nazihah Nor Azman said...

cik aliaa, di pagi harini, sy tak pernah selapar ini..

nampak sgt sedaaaappppp..
i bet the taste is really good too

aliaaroslan said...

kak mimah - nasi lemak wajib makan banyak-banyak pasal stok ikan bilis harus dihabiskan kan.

nasi kne la sikit. nak maintin n turunkan lagi berat ni. sebab winter ni asyik nak makannnnn aje.

aliaaroslan said...

yan - ha, kalau lapar sila pegi kedai ani sup utara kat bangi seksyen 8 tu. sedap gila nasi ayam dia tau.

rasa dia sedap gila, ikut tekak saya la. hehe

Syazlin Sazali said...

saya makan megi. saya buka blog awak. air mata hampir menitis. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa semua food kat sini. lalu saya sambung makan megi sambil bayangkan rasanya macam nasi ayam awak. sob3x

aliaaroslan said...

melati anne - ala, siannya. takpe, lepas makan megi ni, pegi keluar cari bahan dan esok boleh makan nasi ayam madu!

Ribbon and Circus said...

sambal tu mmg nampak A++ !!! x penah guna capsicum wat sambal..nak try!!!

aliaaroslan said...

ribbon clown - rasa dia macam manis2 pedas camtu. bau pon best. sebab capsicum kan bau dia best.