Pages

Tuesday, November 10, 2009

wedding aiman : nikah, sneak preview

arakian dikhabarkan kepada seluruh warga malaysia (tipu aje), maka berangkatlah keluarga aku (dengan makcik pakcik sepupu sepapat anak buat segala macam) ke banting untuk majlis pernikahan aiman. seperti yang dikhabarkan sebelum ini, die ialah peserta paling kelam kabut sekali.. tak tau lah knape yang nak kelam kabut sangat.. nak kata risau pasal hantaran, aku, semai n mama yang buat n settlekan.. pasal reception kat rumah kitorang, bukan die yang selesaikan pon.. cuma datang, salam tangan tok kadi n lafaz akad n nikah aje.. ok, dah keluar tajuk lah pulak kan.. ish..

so pada 31 oktober, berpergianlah kami semua ke masjid di pekan banting (nama exact masjid lupa nak tulis dalam buku nota kecil dalam henbeg).. kitorang sampai awal rasanya, sejam sebelum masa yang dijanjikan (11pagi, ktorang sampai 10 pagi).. masa tunggu2 tu, aiman punya la over acting bercakap tak berhenti.. kontrol nerves kot. tapi tak berjaya cover pon pasal sangat nampak nerves beliau OK..

tetibe, ada pulak kereta2 yang tak dikenali turut masuk parking di perkarangan masjid tu.. aku cakap kereta2 tak dikenali sebab kali kereta sedara mara sahabat handai, haruslah dikenali kan.. kalaupon kereta baru, mestilah lagi dikenali.. maklumlah, harini dapat kereta baru, sebulan sebelum dah canang seluruh pelusuk.. ok, lari tajuk lagi..

suma peserta2 kereta2 yang tak dikenali tu, pakai baju serba hijau pucuk pisang.. padahal geng2 kitorang ialah baju warna warni (read : read tiada warna tema ye encik).. ada jugak kemantin (read: pengantin) lelaki nya, pakai baju warna putih gading gajah).. haruslah bukan adik aku kan sebab die pakai baju warna pink.. ye, merah muda ye puan2.. pastu tetibe jugak, diorang suma berkonvoi keluar dari perkarangan masjid tersebut.. so kitorang bajet, mesti tempat masjid ni jadi tempat berkumpul, lepas tu baru bertolak ke mana2 destinasi yang patut..



haruslah amek gambar tak hengat kat perkarangan masjid sebabnyer, masjid tersebut ialah berkunci.. kenapa kunci? mungkin nak mengalakkan kecurian, vandalism dan sebagainya.. jangan ingat masjid bukan sasaran sesetengah pihak untuk melaksanakan niat tersendiri mereka itu.. alamak, tersasar cerita lagi.. ish.. keji betul.. suma bende nak tulis time nie.. ini lah akibat kalau lama tak berblogging.. cis.



lepas tu, pengantin perempuan pon sampai dengan keluarga die.. barulah masjid dibuka.. barulah semorang boleh masuk.. aiman ambil kesempatan untuk solat sunat dahulu..
oh ya, sempat jugak bergambar dengan paklang n family.. moyang aku sebelah mama ialah cina, sebab tu lah aku adik beradik, haruslah termasuk semua adik beradik mak aku mempunyai mata yang sepet dan takde kelopak mata.. pulaknya paklang aku kahwin dengan maklang aku yang memang original cina.. cuba tengok anak2 lelaki diorang (kanan sekali), paling mata cina ok.. kitorang separa cina aje.. tapi kulit tetap gelap.. yolah, kalau dah berjemur siang2 hari bawah matahari, mengajar pulak field survey, lagi lah..


lepas kemantin dah solat sunat, suma pon duduk la.. isi2 borang, khutbah nikah, bla bla bla, termasuklah tok kadi buat kelakar..

so, selamat sorang adik aku diijabkabulkan dengan pilihan hatinya (macam ayat majalah hai pulak).. tetibe je, adik aku bertambah sorang lagi.. magis betul!
mas kahwin, RM80 serta seutas rantai kedai cap S.Wan jewellary dari Alamanda diserahkan kepada kemantin perempuan (alah, adik baru aku tu..)
selasai semua, berkenal2an dan bersalam2an dengan kedua2 buat pihak.. kenalkan dengan mak cik pak cik atuk sedara nenek sedara, sahabat handai rakan taulan..
dan of cos, group photo bersama kemantin lelaki yang statusnya bertukar dari "bujang" kepada "berkahwin"..

lepas tu kitorang semua dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk sedikit jamuan ringan.. tapi makanan yang dihidangkan tak sesuai dengan konsep "jamuan ringan" sebab ada nasi n berjenis2 lauk, roti jalan, kek buah, dan macam2 lagi.. ni dah jamuan buffet ni.. gila best makanan2 die.. puas makan!

apekah perasaan aku ketika itu? sangat best sebab dan dapat sorang lagi peserta "kumpulan kaki shopping" yang diketuai oleh mama.. so peserta setakat ini adalah : mama (ketua), aku, semai n miza (adik baru la).. kalau nak tambah peserta lagi, kne tunggu mamat n alim pulak kawin..

mwahahahahahaaa

8 comments:

  1. cantik baju perantin..perantin pun ssama cantek sama padan..selamat pengantin baru..semoga bahagia selalu..amin

    ReplyDelete
  2. congates beb sbb dapat 'adik baru'..

    ReplyDelete
  3. crystalbutton crack
    amber michaels crack password
    advanced jpeg compressor crack
    guitar pro 4 full version crack
    sourceformatx keygen




    palmprint crack
    flat out crack download
    polyphonic wizard crack serial
    zipfile password crack
    interwarn 4.0 crack
    restaurant empire crack
    jammer live crack
    flyawaysimulation crack
    my photo calendars crack
    vcd cutter 4.03 keygen
    pci geomatics crack
    macro express 3.5.3.1 crack
    gish full version warez
    softcam 1.5 crack
    enclave crack
    clothreyes crack
    links golf 2003 crack
    zinio reader crack

    ReplyDelete
  4. keygen simatic sp3 step7 v5.3
    norton internet security 2005 serial crack
    xp key code crack
    hypersnap dx 5.62.03 keygen
    digicel flipbook crack
    advanced font viewer 2.4 crack
    veritas backup exec v10 crack
    mcafee anti virus and firewall 10 keygen
    drumkit from hell 2 keygen
    crack cryptainer 5.0




    enotes password crack
    recover my files 3.92 crack
    4.5.7.2 crack
    xmlspy crack
    tweakxp pro crack
    talisman 2.81 warez
    guildwars keygen
    colin mcrae rally 4 crack
    paper folding 3d crack
    speeder xp keygen
    adobe acrobat reader professional 7.0 crack
    tomtom activation crack
    microsoft office 2003 serial number crack
    music match jukebox plus crack
    trillian 3 crack

    ReplyDelete
  5. Ja, ist entschieden. levitra online viagra bestellen [url=http//t7-isis.org]viagra ohne rezept[/url]

    ReplyDelete
  6. la frase muy Гєtil http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ comprar cialis original Caso che le tue mani! [url=http://nuevascarreras.com/category/cialis-generico/ ]cialis o viagra mejor [/url]

    ReplyDelete

say it to my face!!