Tuesday, November 30, 2010

gosip

DrNotts kalau berborak dengan Manje, macam tengok rancangan melodi. bergosip artis you all!

Monday, November 29, 2010

groceries day

shopping - british way : di mana diorang akan bawak semua anak-anak pergi shopping. biasanya bila beli groceries. DrNotts ada tulis dalam entry ni.

hanya orang british aje yang buat tau, orang american tak buat pon.

kitorang punya groceries day ialah hari ahad. so setiap ahad akan pegi ke kedai / superstore yang berikaitan untuk beli barang-barang groceries. most of them ialah food. kitorang akan pegi asda, aldi dan wazan (kedai pakistan feveret sengih). paling obvious nampak shopping british way ialah kat asda sebab dia superstore besar kan. so ada la satu troly ditolak oleh sorang mak / ayah, then ada anak-anak keliling troley or dalam troley. ada adegan tanya anak, diorang nak bawak bekal ape pegi sekolah. ada jugak adegan anak guling-guling mintak dibelikan something. 

sengih dan botak bawak bekal pegi sekolah sebab kat sekolah diorang bukannya boleh beli makanan pon. suruh bawak makanan berat-berat, diorang taknak. baik makan di rumah kata diorang. tapi bukan orang kita aje bawak bekal pegi sekolah. orang diorang pon sama. sebab kengkadang ape yang dijual kat canteen sekolah tu bukannya healthy pon. cuba tengok rancangan jamie oliver food revolution ni. memang bukti bukan semua makanan kat semua centeen sekolah adalah sihat.

ha, untuk lebih selamat dah kaedah shopping lebih teratur, baik buat list dulu sebelum pergi shopping ye.

sebok sangat

sebok sangat aku ni suruh orang ambil gambar aku. sungguh gila bergambar! harini ialah groceries day. so jalan-jalan beli barang sambil ambil gambar ok!








bibir kering











today is our jacket potato day! so seperti biasa, widad yang handle. gambar tak sempat nak ambil sebab kitorang kelaparan!

rajin kan

seronok jugak bila try masak something yang tak pernah dimasak sebelum ni. semalam masak:
  1. laksa penang - memang tak pernah masak. either DrNotts masak or beli aje
  2. bubur kacang hijau + durian - selalu masak bubur durian aje..

accessories : telur rebus + timun + celery + salad.. cili api aje takde..

kuahnya yang dah siap. pakai ikan sardin.

bestnya berbuka puasa!!
Resipi laksa penang:

Bahan-bahan:
Laksa - 1 bungkus. rebus dan toskan
Telur rebus
Salad
Timun

Bahan-bahan kuah :
Sardin - 3 tin kecil
Air asam jawa - 8 cawan
serbuk cili - 1 sudu
gula - 1 1/2 sudu
air perahan 2 biji limau.
garam secukupnya

Kaedah masak kuah:
  1. sardin dilenyekkan.
  2. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan letak atas dapur dengan api sederhana.
  3. masak hingga cili masak. tambah garam secukupnya.
  4. tambah jugak asam keping kalau ada (sini tak jumpa cari.. huhu)

terubat rinduku pada durian..
Resipi bubur kacang hijau + durian

Bahan-bahan:
Lempuk durian - potong kecik-kecik
Skimmed milk - 500ml ataupun kelapa 1/2 tin + air 1 tin
kacang hijau - 250g
gula - 5 sudu besar

Kaedahnya:
  1. rebus kacang hijau sehingga kacang tu pecah.
  2. masukkan skimmed milk / kelapa, gula dan lempuk durian.
  3. masak hingga semua sebati.

syok sendiri - 27 Nov 2010

adegan 6.30am, lepas settle subuh...
DrNotts : Along, awak ke tu kat toilet?
Me : aah..
DrNotts : Dah snow dah..
Me : Ooo.. ok.. (naik katil, tarik selimut & tido)

adegan 10.00am, baru turun bawah lepas bangun pagi & mandi..
Me: haaalaaaa... nape tak kejut nak amek gamba pagi tadi..
Sengih : Ibu kata, jangan kejutkan Along pasal along baru tidur 
(ye, aku baru tido pukul 3am pagi tu)
Me : dahtu sapa nak amekkan gamba dengan snow ni. kejap lagi konfem dah itam snow tu.
DrNotts : widad, pegi siap. tolong along ambil gambar tu.
Sengih : Sejuk la buuuuuu..
Me : cepat2..
DrNotts : awak tu pegi la pakai elok sikit, takkan nak pakai tracksuite aje..
Me : ini bergaya la ma.. huahuahua.
DrNotts : iyooo.. (cakap bunyi macam nenek punya "iyooo", style orang minang cakap)

terus dengan pantas aku dan sengih bersiap untuk keluar.

chantekkk kan?

dikala aku masih ketiduran


backyard

backyard jugak


ready nak keluar. balut semua

zip up!

mak aih, sojuukkkkk

jangan kutip snow atas jalan, kutip atas pokok or tembok or kereta.

biar bersejuk asal bergaya

gatal

tertutup mataku

cari ape?

lompat

mane boleh makan, awak tu puasa la

jalan-jalan lagi

steps

jalan lagi


serius rasa hingus nak meleleh

sempat lagi

ok, mari pulang sengih!

bukan aku yang tolak kereta tu
balik terus duduk dalam rumah. bersila depan heater. 

lepas dah tak sejuk lagi, terus masak-masak. masak ape? laksa! nanti aku letak gambar.

Seminar DrNotts

24 November 2010 - University of Leicester
Dr Normaliza Abd Rahim - Visiting Fellow, Department of Media and Communication, University of Leicester, UK


Saya watak tempelan sahaja. Tukang teman. hik hik. Juga tukang menyibuk. huahuahua..
stapler paper DrNotts dengan stapler gedabak
peta dunia + malaya

kalo la kat sekolah aku tu, aku dapat bilik tingkat 16, best wooo.. scenery cantik!

cantik kan. tapi tak nampak dengan terang la lelaki gagah main bola.

introducing


DrNotts : I'm malay, not chinese ok!

aku ni sengal tau. aku dengan 15 minit aje, pastu cabut pegi office DrNotts. melepak sambil online. hampeh kan? then aku agak2 aje DrNotts dah habis session beliau, turun pegi student's union dan beli Caffe Latte kat Starbucks. Gila best ok kat student's union Uni of Leicester ada Starbucks. Kat Uni of Nottingham takde. huhu.. nanti aku nak tulis surat la kat sekolah, mintak Starbucks letak kat student's union. boleh? eh...

kitorang puasa berdua-duaan, siap bawak bekal lagi nak berbuka. tapi, makanan sudah menjadi sejuk. makanya kitorang minum-minum aje then balik rumah, panaskan makanan (nasi kacau) dan makan betul-betul. sampai rumah pon pukul 6 petang. ok lagi kan? aritu masa kat Ireland kitorang berbuka pukul 9.30pm ok! maklumlah, puasa masa summer.

Sunday, November 28, 2010

Widad's Snow ..........

Widad and Alim -First Snow in Nottingham, UK

akhirnya

at last, snow turun jugak di bumi nottingham ni. alhamdulillah.

ini ialah first picture saya ambil, dari tingkap bilik, lepas bangun pagi tadi. sila jangan tanya pukul berapa saya bangun kerna boleh nampak matahari nun kan.

lagipon saya tidur lambat semalam (alasan). gigih tau saya buat kerja sekolah semalam (puji diri).

Saturday, November 27, 2010

Choco Pie

Masa pegi Leicester haritu, kitorang pegi 2 kedai cina kat sana. since kedai cina kat Nottingham ni ialah macam kekurangan stok aje, maka bergigihla kami mencari address kedai tersebut kat internet.

memang best gila kedai-kedai cina kat Leicester. semua ada.

masa tengok-tengok barang, DrNotts terjumpa ni:


Sengih ialah suka sangat makan bende alah ni kat Malaysia. kitorang pon beli la untuk Sengih.

Teringat cerita The Way Home setiap kali makan or beli Chco Pie ni. Cerita yang sangat best! tengok tau, jangan tak tengok.

Friday, November 26, 2010

flapjack

Botak suruh buat entry ni..

flapjack
mestilah bukan aku yang bake, tapi Botak. budak ni ialah ada cooking class. tapi yang bagus sekolah dia ni ialah, semua barang-barang makanan dan perkakas nak guna untuk masak, student kene bawak sendiri. so kita takla was was nak makan hasilnya.

first assignment ialah masak flapjack. (ingredients dan kaedah memasak diolah oleh Botak)

bahan-bahan:
  1. 75g brown sugar
  2. 75g margerine
  3. 250g rolled oats
  4. 50g (dried nut / fruits / wallnut / rolled oats)
  5. 2tbs clear honey
kaedahnya:
  1. put rolled oats in a bowl. put in also the dried nuts / fruits / wallnut / rolled oats
  2. mix them together for 10-15seconds
  3. get a pan. put in the margerine, clear honey and brown sugar
  4. put the pan on the heat for 15 seconds (then you can hear the bubbling sound). stir slowly untuk the color turns brown.
  5. take the pan off the heat, put the pan content into the oats bowl, mix well
  6. put in the mixture into the baking tray
  7. put into the oven at 130 degree for 20-25 minute.
  8. let it cool down, then cut it 
sekian, dari kakak Botak yang dah makan sepotong flapjack tapi terpaksa berhenti makan kerna manisnya sampai ke telinga.

lompat

Leicester University

semalam kan pegi sekolah DrNotts kan. sebab DrNotts kan kne bagi seminar kan. bangunan office DrNotts tu ialah 18 tingkat, office DrNotts tingkat 16. selain naik tangga (which yang orang british sangaattttt suka!), nak naik tingkat 16 tu boleh pakai lift (elevator, bak kata orang amerika) dan jugak list seperti gambar di atas.

lift belah kiri ialah naik, kanan ialah turun. lift ni memang akan sentiasa bergerak (tak tau la berapa speed dia). cara nak naik ialah bila ada space kosong, terus naik, dan bila sampai tingkat yang dituju, terus keluar. konsep nak masuk keluar lift ni macam naik escalator la. tapi untuk orang disable, ada button stop of course.

sebab kitorang teruja sangat, nak naik n turun dari lift ni sampai terlompat pasal takut terlambat nanti karang terkepit pulak. memang best la lift ni.

**seminar DrNotts semalam best, akhirnya orang tau jugak malaysia tu kat mane**

Wednesday, November 24, 2010

hek eleh!

22 August 2010 - Shannon River, Limerick, Ireland
ape khabar Ireland?